fbpx

Suara Dikritik Sumbang, Netizen Suruh Fazley Yaakob Masak Je

Semalam, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) membuka tirainya malam tadi menyaksikan 13 peserta menyanyikan lagu mereka sendiri minggu pertama.

Pada konsert minggu pertama itu, Datuk Fazley Yaakob yang menyanyikan lagu Asmara Ini mendapat markah terendah, bagaimanapun, tiada penyingkiran semalam.

BACA: Aliff Aziz, Adibah Noor, Fazley Yaakob Antara 13 Bintang Gegar Vaganza 8

Diruangan komen YouTube Astro Gempak semalam, penonton tidak melepaskan peluang mengkritik persembahan cef selebriti itu yang dikatakan sumbang.

Malah, ada yang mengatakan vokalnya lebih sedih daripada lagu dan seperti menyanyi di pusat karaoke. Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengatakan adalah lebih baik jika Fazley menjadi cef atau terus memasak sahaja daripada menyanyi.

Semalam, penyanyi Aliff Aziz mendapat markah tertinggi. Persembahan 13 peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.