fbpx

Aliff Aziz, Adibah Noor, Fazley Yaakob Antara 13 Bintang Gegar Vaganza 8

Kembali lagi untuk musim kelapan, program realiti Gegar Vaganza kali ini menampilkan 13 peserta dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Enam bintang solo lelaki yang bakal bertanding bersama kali ini adalah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

BACA:Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang RM100,000

Dalam pada itu, penyanyi solo wanita yang turut bertanding musim ini ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Tampil kelainan, musim ini turut dimeriahkan dengan penampilan Saiful Apek & Yassin dan Nico sebagai peserta berkumpulan.

Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021 dan disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.