“Suara Dato Ganggu Syaitan Yang Diikat Bulan Ramadan, Menggelupur Mereka” – Wak Doyok
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila ramai yang tidak pandai menilai bakat yang dimilikinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff mengakui suaranya unik seperti penyanyi terkenal, Michael Jackson serta meminta orang ramai akur bahawa dirinya penyanyi nombor 1 Malaysia.
BACA: “Selagi Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun” – Aliff Syukri
Menurut Aliff lagi lagu rayanya akan dilancarkan pada esok hari serta mengatakan bahawa suaranya sedap dan merdu.
View this post on Instagram
“Apa salah saya awak, sok dah nak lancarkan ni awak. Ramai rakyat Malaysia tak pandai menilai seni suara. Suara saya unik macam Michael Jackson. Mohon terima dan akur saya artis nombor satu Malaysia, suara saya sedap dan merdu. Muktamad,” katanya.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan turut menjadi perhatian komen ditinggalkan oleh ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok.
Menurut Wak Doyok, pelancaran lagu terbaharunya itu tidak salah tetapi bimbang jika suara usahawan itu bakal menganggu syaitan yang diikat di bulan ramadan.
Awak bukan siapa2. Awak cuma penghibur di soc media. Kata2 dan aksi awak hanya hiasan di soc media. Jgn marah n cerca dia ya netizen sekalian
Lama dah dia sunyi sepi aman skit sbb sibuk dgn kisah puteri sarah and sol and mami dia. Tiba2 muncul balik bln2 posa ni adeh …
teruk teruk suara saya datuk tapi suara u lebih teruk dari saya lol ….
bila si gila ada harta…