fbpx

“Selagi Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun” – Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempertahankan konsep muzik video lagu raya berjudul Cak Kun Cak Raya hanya sekadar hiburan.

Memetik Harian Metro, Aliff berkata dia tidak melihat ada isu dalam MV berkenaan kerana bukannya dia berbogel atau ada aksi mencolok mata.

“Konsep yang diberi itu adalah daripada penata rias saya kerana dalam sebuah produksi, saya bukan kerja seorang saja. Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah.

“Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan.

“Senang cerita ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau rasa menjolok mata, terpulang. Bagi saya, saya tak buka aurat, tak berpegangan tangan, pakai mekap, itu hanya sekadar seni,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut meminta supaya memberi peluang kepadanya untuk berkarya, malah dia yakin ramai peminat menantikan lagunya.

“Tolong bagi saya ruang untuk berkarya dan menghiburkan. Tolong terima saya sebagai artis. Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.

“Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan,” katanya.