fbpx

“Suara Dah Sedap, Tapi Masih Ramai Tak Suka”

Selepas mencetuskan kontroversi dengan mendakwa tidak mendapat layanan yang baik ketika pentas akhir Gegar Vaganza 5 baru baru ini, Aliff Syukri sekali lagi tampil mempersoalkan selera muzik rakyat Malaysia.

Dalam satu kemaskini di Instagram beliau, Aliff Syukri meluahkan rasa pelik kenapa masih ramai yang tidak suka dengan lagu terbaru beliau bertajuk Biar Apa Orang Kata walaupun memiliki vokal yang hebat.

BACA: Aliff Syukri Rasa Malu, Terhina Dengan Layanan Astro

“Pelik ramai yang dislike, nak kata suara I tak sedap, saya rasa vokal i dah tahap tinggi. (Dan) trending nombor satu di Malaysia,” ujarnya.

Video muzik terbaru Aliff Syukri itu kini memiliki dislike lebih tinggi berjumlah lebih 20,000 dan menerima tontontan lebih 575,000 sejak dilancarkan.

Mungkin rakyat Malaysia sudah tidak layan video muzik gimik sebegitu, boleh cuba lagi selepas ini dengan lagu berirama nasyid dan keagamaan pula. (rtky/m)