fbpx

Aliff Syukri Rasa Malu, Terhina Dengan Layanan Astro

Semalam di pentas akhir Gegar Vanganza, Datuk Aliff Syukri telah membuat kemunculan semula dengan menyanyikan lagu terbarunya, Biar Apa Orang Kata. Tapi hari ini Aliff meluahkan rasa kecewa terhadap stesen penyiaran tersebut.

BACA: Produk Persenda Warna Kulit, SKMM Beri Astro Amaran

Dalam video yang dimuat naik ke Instagram, Aliff meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap Astro kerana lagu baru yang sepatutnya dinyanyikan separuh, dihentikan secara tiba-tiba beberapa minit selepas dimainkan.

Bukan itu sahaja, Aliff turut berasa malu dengan tetamu jemputan seperti Datuk Seri Vida, Zoey Rahman dan beberapa lagi, yang sepatutnya keluar ke pentas menyanyi bersama, namun tidak dapat berbuat demikian.

Dalam masa yang sama, Aliff juga turut meminta maaf kepada DSV dan beberapa nama lain kerana datang jauh ke pentas akhir GV namun rancangan yang dirancang tidak dapat dilaksanankan kerana nyanyiannya yang dipotong.

Rata-rata peminat juga turut menyokong kenyataan Aliff selain menyedari usahawan itu dipinggirkan. Turut memberikan komen, isteri Aliff, Datin Shahida yang turut kecewa dengan layanan diberikan kepada suaminya. (rtky/w)