“Suami Yang Banyak Dorong Ke Arah Agama”
Berita penikahannya semalam ternyata mengejutkan ramai, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum.
Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan suami, Imam Shah yang juga pelakon di Singapura berjalan lancar, Hannah berkata mereka memilih untuk melakukan perkara wajib terlebih dahulu.
BACA: Hannah Delisha, Suami Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu
“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.
“Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.
Mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu, Hannah berkata suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.
“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.
“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.
“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.
“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Oklah…Alhamdullilah…nampak Imam ni baik la dan boleh membimbing Hannah…banyak perubahan Hannah…google punya google not bad looking jugak tinggi betul ada iras Abg Anuar Zain…yg penting happy Hannah & tak kacau hak orang…sama muda single…Semoga kekal kesyurga…Aamiin.
Asalkan yg empunya diri happy dan bahagia siapalah kita nak persoalkan pilihan hannah delisha.
Mungkin kita kerap menemui kisah2 negatif rumahtangga yg pada mulanya penuh harapan yg indah2, maka kita pun mnganggap kita lebih tahu apa yg patut dia terima atau tolak. Kerana takut dia mnyesal dgn pilihannya sedangkan dia cantik jelita terkenal dan mungkin mmpu mndpt yg kita rasa lebih padan.
Marriage is like a gamble. Kdg kala nmpk x ok..tp ok. Kdg kala nmpk ok sgt ..tp akhirnya x ok.
Paling utama mind set kita tentang perkahwinan dan hidup berkeluarga perlu betul..kerana life after marriage bkn hanya a bed of roses, it is full of tanggunjawab and komitmen.
Tanggunjawab pada suami /isteri, anak…keluarga belah mentua, keluarga sendiri…
Komitmen utk tak mmndg yg lain setia pd psgn. Etc..
So mari kita doakan mereka hannah dan suami kekal bersama till jannah.
Dua tiga tahun lagi cerai la, masuk dalam RK.
mak imam ni x pakai tudung plak ekk ape citoooo
Kena ke laki yg mendorong ke arah agama? Kau tak de otak untuk berfikir sendiri? Kalau dia pun tak pandai bab bab agama? Dua2 sesat
@asam garam selalunya, kita sikit sebanyak akan terikut dgn tabiat pasangan kita. kalau dpt yg kaki hp, lama2 anak beranak berhp. kalau dpt kaki travel, akan terikut bertravel sentiasa. yg bermuzikaextravaganza, seluruh keluarga terjebak skali kan. kalau yg rajin baca quran, lama2 pasangan akan terikut. ada dorongan. tak semua tapi selalunya..hannah ni nak cari yg bole bimbing dia ke syurga, takkan nak cari yg kaki clubbing pulak kan. mestila cari pasangan yg ada arah tuju yg sama, jadi mudah dah selesa hidup dia. tak kacau bilau nak bergaduh laki ajak clubbing tapi hannah nak mengaji. kang huru hara rumahtangga nti dikecam pulak asal cari laki kaki clubbing. jgn risau kalau dia sesat. hatimu kalau elok, mu sedekah doa supaya dia tak sesat. bukan berotak otak kan org.
@TOYOL TU MAK DIA PUNYA PASAL.. BUKAN MU YG NAK KENA TANGGUNG MAK DIA KANNNNN….?
APO LAH TOYOL NI..
Yg dok mengutuk tu.. tak pe la dia cari lelaki yg boleh membimbing ke arah kebaikan.. kan elok mcm tu.. suami adalah ketua keluarga.. dah dia cari org elok2 pun korg nak bising.. dia cari lelaki jenis clubbing lg la korg kecam dia.. hannah & hasben dah bina masjid.. alhamdulillah.. doakn yg baik2 saje.. kalau x nak doakn, elok berdiam.. peace no war..
Maybe these pathetic losers want Hannah to marry someone like Alif Aziz, kaki perempuan, kaki clubbing, kaki mencarut, kaki mabuk tu. At the moment, nampak dah menyesal tapi tak tahu lah in a few months time.
Dapat lelaki baik pun nak kecam. Really no brain lah these losers.
All the best Hannah and Imam.
Dulu tak minat dengan hannah delisha ni. Muka macam sombong je. Tapi semenjak dia dah slowly berubah ni, makin menarik pulak. Lagi2 bila dia dah kahwin ni. Adore pulak tengok dia pandai jaga privasi dia.
Semoga berkekalan, hannah dan imamnya?
Aku tak tau lah korang tengok hannah macam mana, tapi aku nampak aura dia baik, seorang yang pandai jaga diri, jaga maruah dan so far tak fake.
Doa kan lah yang baik-baik buat hannah dan suami, aku pun minat dia juga, takde lah nak meroyan bila dia dah kawen, tumpang gembira lagi ada, semoga kekal sampai ke jannah ye hanna dan suami,
Tengok peribadi hannah macam mana, orang nya low profile, perwatakan dia menarik bagi aku, dan aura nya.. Hmmm bukan calang-calang, tengok dia rasa sejuk hati, apa pun jangan menghilang dari industri malaysia ye, saya suka tengok hannah berlakon,
Jalani lah kehidupan berumah tangga dengan aman dan damai ye hannah, jangan ambik kisah netizen malaysia yang toksik
Perempuan melayu kena independent dan berfikiran luas. Jangan harap laki je, kalau yang tak bertanggungjawab dicerai, tinggal sehelai sepinggang, tak berduit. So buat pilihan bijak tak semestinye, laki yang berlagak macam imam tapi hampeh. Semua perempuan kena buat planning dan ada security untuk anak dan diri sendiri. Tuhan bagi otak so kena pandai berfikir, jangan nanti kena cerai baru nak menyesal
Tengok muka mamat ni, macam tak konfiden aku boleh bimbing isteri?
Cuba bersangka baik. Pelik manusia jenis2 ni. Org bina rumahtangga patutnya kamu doakan bahagia, bukan ckp yg bukan2. Mcm kau je yg baik. Allah maha melihat apa yg kamu lakukan. Bertaubatlah.