Suami Wany Hasrita Letak Syarat Supaya Labuhkan Tudung
Jumaat lalu, penyanyi Wany Hasrita mengejutkan ramai apabila mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib Fahmi.
Memetik Harian Metro, Adib berkongsikan dia tertarik dengan sikap isterinya itu yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.
BACA: Rahsiakan Hubungan Cinta, Wany Hasrita Hormat Peribadi Suami
“Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain,” katanya.
Bergelar suami kepada penyanyi popular, Adib berkata dia tiada masalah untuk masuk ke dunia glamor selagi tidak menganggu kehidupan peribadinya.
“Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.
“Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak?
“Macam ‘reverse psychology’ sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan? Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama” katanya.
Jumaat lalu, Wany sah bergelar isterinya kepada Mohd Al-Adib merupakan seorang juruterbang dengan dua kali lafaz.
- SUMBER
- Harian Metro
- Ejashahril
Dah xde citer nk tulis x payah laa nk tambah2 benda yg xde…
selalu pilot ni banyak buat perangai.. nak bini warok mawaddah bagai.. belakang bini semua kau sapuuu
Suami dia nmpk tua la pdhal baru 30..dh mcm 40 suami org anak 4..time nikah nmpk muda sikit
Typical laki melayu yg insecure semua benda tapi apa kelebihan pun xde. Lol.
Tsen Rid, tak semua pilot mcm tu. Macam orang melayu, tak semua baik, tak semua jahat. Jgn stereotype. Mcm ustaz, pun ada yang tak baik buat benda tak senonoh, takkan kita nak cakap ustaz banyak buat perangai? Cakap guna otak. Dont be too narrow minded!
Boringnya gossip camni