fbpx

Suami Tak Suka Eina Azman Duduk Rumah Je, Syukur Dapat Keluar Bekerja

Nampaknya sejak kebelakangan ini pelakon Datin Eina Azman dilihat kembali aktif berlakon dalam beberapa drama tempatan. Seperti sudah dijangka, pasti akan ada mulut netizen-netizen bercakap kononnya dah kaya perlu ke berlakon lagi?

Memetik mStar Online, Eina berkata lakonan adalah minatnya sejak dulu lagi dan ia juga punca pendapatannya sebelum mendirikan rumah tangga.

BACA: Eina Azman Tak Halang Anak Jadi Artis

“Bila saya mula-mula aktif karier lakonan semula ada banyak mulut-mulut yang berkata kepada saya dan mempersoalkan kenapa perlu saya berlakon lagi disebabkan status dah ada semua.

“Saya sudah mulakan karier lakonan ini sejak daripada kecil lagi daripada zaman sekolah, lakonan ini memang minat saya dan pernah menjadi salah satu punca pendapatan serta rezeki dahulu sebelum kahwin,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Adrianna Aubrey meluahkan rasa syukur kerana suaminya mengizinkannya untuk kembali aktif berlakon.

“Alhamdulilah suami izinkan untuk saya aktif semula berlakon dan dia tidak suka saya duduk rumah sahaja, tapi suka lihat saya bekerja.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat suami yang sering memberikan sokongan, kalau ada segala kutukan yang diterima memang saya tidak akan ambil kisah,” katanya.