Suami Suka Tatap Wajah Alyah Bila Bangun Pagi
Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Datin Alyah mendedahkan suaminya, Datuk Ramli MS terpesona setiap kali menatap wajahnya setiap kali bangun dari tidur.
Menurut Alyah, wajahnya kini sudah tidak lagi kelihatan kering dan kusam biarpun aktif di siang hari serta tidur dalam bilik berhawa dingin pada sebelah malamnya selepas mencuba produk wajah Zafesh.
BACA: Hampir Putus Asa Dalam Perkahwinan, Alyah & Ramli MS Dalami Ilmu Agama
“Sepanjang beberapa bulan sejak akhir-akhir ini saya gemar berjalan-jalan. Langkawilah, Port Dicksonlah, macam-macam tempat saya pergi. Jadi memandangkan wajah saya sedia ada jeragat, kulit saya senang nampak gelap.
“Masuk rumah pula berhawa dingin. Jadi saya pun mencuba produk pembersih muka dan pencerah wajah Zafesha yang digabungkan pula dengan serumnya.
“Kulit wajah saya tidak lagi kering dan nampak lembap. Suami pun puji katanya bidadari itu benar-benar wujud,” katanya.
Dilantik sebagai duta produk Zafesha Simply Foundation, Alyah berkata dia sendiri mencuba produk berkenaan selama dua bulan sebelum bersetuju untuk mengikat kontrak bersama syarikat berkenaan.
“Sebagai peniaga dan selebriti saya tak nak tipu pengguna, tak mahulah kejar bisnes tapi kelentong ramai orang.
“Saya pula pengguna produk-produk organis, itulah faktor utama saya jatuh hati dengan produk ini.
“Selain itu, saya selesa berurusan dengan pengasas produk ini yang banyak bertolak ansur dan profesional,” tambahnya.
- SUMBER
- Astro Gempak
What?
Bersara jek laa ko laki bini wt semak industry jek!
Entah haper2 dua2 laki bini ni nok
apakah??
Geli lah aku
Ketahian apakah ini…
Bidadari x berak, x kencing, x kentut.
Tinggalkan Komen Anda Di Sini
Kelakor lakar la awak nie… Bahahahahuahuahksss
takkan la suami ko bangun pagi nak tgk muka jiran…mmg la muka ko alyah oiii
Perasan..nyeee
Sy baca ok jer… Sbg duta produk datin cuma perlu menyampaikan kebaikan produk yg dia guna…
Sbg Testimoni buat pengasas produk zafesha