fbpx

Hampir Putus Asa Dalam Perkahwinan, Alyah & Ramli MS Dalami Ilmu Agama

Berdepan masalah rumah tangga dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak berkahwin pada 2013, penyanyi Datin Alyah akui dia hampir berputus asa dalam mempertahankan mahligai yang dibina.

Kata Alyah, ada sahaja pihak tidak senang dengan perkahwinan mereka dan ingin memecah-belahkan rumah tangganya. Enggan membiarkan ianya terus berlanjutan, Alyah berkata dia dan suaminya bersama-sama mendalami ilmu agama untuk memperbaiki hubungan mereka.

BACA: Alyah Mohon Maaf, Umum Berhenti Rakam Lagu Cinta

“Kita berubah dua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu rasa kita sudah tiada jodoh dah.. macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ni, rumah tangga ada up and down.

“Orang dekat luar pun get ready ja. bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi.

“Untuk apa, semua untuk memecah belahkan rumah tangga. Apa yang menguatkan saya adalah agama,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Alyah mengakui dia ada perancangan untuk bersara dalam beberapa tahun lagi untuk memberi tumpuan bagi mendapatkan cahaya mata serta merancang untuk melakukan proses rawatan kesuburan In-Vitri Fertilisation (IVF).

“Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambah ahli keluarga. Saya memang ada perancangan untuk lakukan rawatan kesuburan IVF,” katanya.