fbpx

“Suami Suka Makan Buah, Tapi Bukan Buah Dada..”

Lama rasanya kita tak dengar cerita mengenai pelakon Faye Kusairi lebih-lebih lagi sejak bergelar ibu. Meskipun sibuk berlakon, Faye kini sibuk dengan perniagaannya menjual produk kesihatan dalaman lelaki dan wanita.

Lain orang, lain strategi pemasaran mereka untuk tarik perhatian pembeli. Faye memuat naik satu video memaparkan suaminya sedang makan produk kesihatan tersebut berserta kapsyen yang kurang menyenangkan.

BACA:Faye Kusairi Selamat Timang Anak Sulung

https://www.instagram.com/p/B0sNJjDBDup/?utm_source=ig_embed

“Ya, suami saya pun amalkan pemakanan jamu yang diperbuat dari buah-buahan. Bukan calang-calang buah ye…bukan buah dada tapi buah sunnah seperti buah kurma, buah delima, buah markisa, buah oren, cuka delima dan lain. Lelaki pun bolehhhh…,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Faye memberitahu suaminya yang juga seorang pengarah dan penerbit drama, Azmi Hata turut mengamalkan jamu tersebut.

Apa pun setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk mempromosikan sesuatu produk dan jika dilihat cara Faye tidaklah keterlaluan.