Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsikan suaminya, Nabil Mahir suka menjaga anak-anak termasuk menganggap kanak-kanak lain seperti anak sendiri.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Ayda juga berkongsikan ada anak rakan mereka yang sukakan Nabil sehingga tidak mahu pulang ke rumah masing-masing.
BACA: Jahitan Czer Terbuka & Bernanah, Mohon Doa Buat Ayda Jebat

“Suami saya ni dia memang suka betul jaga anak, bukan anak sendiri je, anak orang lain pun dah macam anak dia. Mana dia dapat energy ek.
“Penat kalau tengok dia berlari-lari dengan budak-budah haha! Sampai anak kawan kita pun taknak balik, mak ayah suruh tukar jela bin ke binti kau nak dgn Ahmad Nabil,” selorohnya.
Sementara itu, Ayda turut mengusik suaminya supaya bersabar jika mahu menambah cahaya mata lagi kerana trauma dengan insiden jahitan terbuka selepas melahirkan cahaya mata ketiga sebelum ini.