fbpx

Suami Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Saf, Lana Nodin Luah Rasa Syukur

Umum mengetahui, minggu lalu pelakon Lana Nodin berkongsikan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lana mengakui dia lebih selesa berada di negara di kalahiran suaminya itu apatah lagi mempunyai kebebasan serta tiada diskiriminasi.

BACA: Lana Nodin Tayang Kehidupan Di AS, Ramai Yang Panas Punggung

Terbaru, Lana memuat naik video suaminya menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan kediamannya tanpa ada lagi penjarakan sosial.

Dalam entri tersebut, Lana meluahkan rasa syukur tiada diskriminasi apabila suaminya boleh sahaja menunaikan solat di masjid serta tiada penjarakan saf.

“Hari ni suami dapat menunaikan solat jumaat berjemaah dekat masjid hamzah di clearwater…Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit saja dari tempat tinggal kami.

“Surprisingly ramai umat islam menunaikan solat Jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tidak ada penjarakkan sama seperti saf sebelum wujudnya covid dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini. Masyallah… thank you Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lana turut mendoakan agar urusan keluarga, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia dipermudahkan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Terdahulu, Lana menafikan dirinya anti vaksin namun menuggu vaksin yang dihasilkan betul-betul selamat untuk digunakan kerana ia masih dalam proses ujian klinikal.