fbpx

Lana Nodin Tayang Kehidupan Di AS, Ramai Yang Panas Punggung

Umum mengetahui, minggu lalu pelakon Lana Nodin berkongsikan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Amerika Syarikat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lana mengakui dia lebih selesa berada di negara di kalahiran suaminya itu apatah lagi mempunyai kebebasan serta tiada diskiriminasi.

BACA: Lana Nodin Akui Lebih Selesa Di Amerika Syarikat

Tidak lokek berkongsikan kehidupannya di AS, namun ada yang kurang senang dengan perkongsiannya itu. Enggan peduli dengan kecaman diterima, Lana berkata dia berhak berkongsikan apa sahaja di media sosial miliknya.

Lana turut meminta kepada mereka yang tak senang dengan perkongsiannya itu boleh pergi jauh-jauh dan tidak perlu tengok video dimuat naik olehnya.

“Kepada yang bernanah tengok video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

“Saya tak minta anda ikuti lagipun engkau orang yang kata saya suam-suam kuku, tapi datang juga IG saya dah kenapa? Korang yang panas punggung kenapa?” tulisnya.

Dalam pada itu, Lana turut mempersoalkan netizen yang mengecam dirinya serta dikatakan riak apabila berkongsikan mengenai kehidupannya di AS.

“Sekarang bila saya balik sini, korang panas punggung kenapa? Sebelum kecam saya dulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap riak pula? Bukan korang nak sangat tau sini macam mana ke?” tulisnya.