fbpx

Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed yang juga personaliti televisyen, Hana Ismail berkata dia tidak terasa hati setiap kali ditanyakan mengenai soal zuriat.

Memetik Utusan, Hana berkata dia melihat pertanyaa mengenai perkara itu adalah sebagai doa serta mengatakan dia dan suami mahukan zuriat secepat mungkin.

BACA: Da’i Syed Pasrah Jubah Solat Dipinjam Isteri Buat Cabut Rumput

“Kami sebenarnya tidak kisah kalau ada yang bertanyakan tentang hal ini kerana pada masa sama, mereka sebenarnya mendoakan perkara yang baik.

“Saya dan suami sejak awal lagi tidak merancang soal anak, namun kalau boleh kami mahu memiliki zuriat secepat mungkin.

“Sebenarnya, suami selalu pegang perut saya dan bertanya ada bayi atau tidak dengan nada berseloroh. Cara dia itu sebenarnya doa dan harapan untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah. Jadi, apa juga pertanyaan pasal zuriat, kami terima sebagai doa yang baik,” katanya.

Hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, Hana menyifatkan suaminya seorang yang periang namun tegas dalam hukum hakam agama.

“Dia seorang yang jovial, tetapi ada juga ‘kepala anginnya’. Itu sisi tegas yang pada saya, bagus. Ada masa, dia akan ajar dan terapkan ilmu kepada saya secara tidak formal, jelaskan tentang hukum agama, kupas tentang isu masyarakat dan salah faham berkaitan agama serta sebagainya.

“Alhamdulillah, saya seronok bersuamikan lelaki yang arif tentang agama kerana tidak perlu menghadiri kelas,” katanya.

Terdahulu, Hana mendirikan rumah tangga dengan Di Syed pada 3 Disember 2022 di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.