fbpx

Da’i Syed Pasrah Jubah Solat Dipinjam Isteri Buat Cabut Rumput

Sabtu lalu, pasangan selebriti, pendakwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Di Instagram, Da’i Syed tidak lokek berkongsikan momen bersama isteri tercinta termasuk video mereka berjalan mengelilingi kawasan kampung.

BACA: “Bagi Yang Kenal Saya, Syed Is Not Really My Type” – Hana Ismail

Terbaru, perkongsian Syed di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik video menyakat isterinya yang nemakai jubahnya ketika mencabut rumput di halaman rumah.

Menerusi video itu, Syed menulis kapsyen mengatakan jubah tersebut digunakan untuk menunaikan solat. Lebih lucu, apabila Hana tetap mempertahankan dirinya yang secara terangan memakai jubah itu terbalik.

Terdahulu, pengacara berusia 36 tahun itu berkata suaminya itu bukan lelaki idamannya namun Hana memberitahu dia akhirnya menemui jawapan selepas melakukan solat istikharah.

Sementara itu, Syed berkata dia tertarik dengan kecantikan isterinya itu serta keperibadiannya. Katanya lagi, pada awalnya dia tidak menyangka Hana berusia 36 tahun kerana wajahnya yang cantik.