fbpx

Suami Sahkan Kanser Elyana Sudah Merebak

Suami kepada penyanyi Elyana iaitu Khairul Anuar Hussin mengesahkan yang isterinya perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 kali berikutan sel kanser kelenjar yang dihidapi sudah merebak ke saraf tunjang.

“Minggu lalu Elyana mengadu sakit dan kebas di kaki hingga tidak boleh berjalan. Saya sudah bawa dia pergi berurut dan ambil ubat tahan sakit, tetapi keadaan langsung tidak berkurang”

BACA: Elyana Akui Menyesal Dedahkan Dirinya Hidap Kanser

“Jadi, saya ambil keputusan untuk bawa ke hospital Isnin lalu. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan sel kanser sudah merebak ke saraf tunjang dan tulang belakang”

“Doktor menyarankan segera melakukan radioterapi selama 10 kali bermula 5 petang ini. Kalau tidak buat sebarang rawatan Elyana akan lumpuh,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Suami Elyana itu juga mengatakan isterinya menangis apabila mendengar saranan doktor tersebut sehingga tidak tidur malam namun kembali kuat selepas menerima pelbagai mesej dengan kata semangat dari para peminat.

“Kalau di tengok Instagram memang nampak dia kuat. Sebaliknya, tiada siapa tahu apa yang bermain di fikirannya. Saya mengharapkan peminat dan orang ramai mendoakan dia dan cakap perkara positif.

“Mana yang mengeji dan menghamburkan kata-kata negatif, saya mohon hentikan,” katanya. (rtky/m)