fbpx

Elyana Akui Menyesal Dedah Dirinya Hidap Kanser

Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan rasa terkilan dan tertekan apabila segelintir netizen yang memperlekehkan kesihatannya. Jelas Elyana, tekanan itu mula dirasai selepas dia mendedahkan keadaan dirinya kini.

BACA: Elyana Sedih Terpaksa Gugur Kandungan

“Sekarang ini stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini. Dulu stress pasal saya kena sembunyikan sesuatu, dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula”

“Maknanya hidup ini, ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di Instagram,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Dukun.

Tambahannya lagi, dia tidak pernah untuk menipu atau meraih perhatian mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihadapinya itu.

“Saya tak suka orang anggap saya tipu, saya tak tipu. Itu yang membuatkan saya tertekan. Saya tak anggap saya sakit saya anggap ini adalah sebagai kehidupan diri saya. Lagipun sepanjang 7 tahun ini saya dah lali, kebal benda tersebut sudah menjadi separuh diri saya”

“Saya tak naklah sakit saya kena diam, saya tak naklah macam tu saya takut orang tak selesa. Saya jenis macam ni, bila orang tanya saya akan bercakap. Jadi orang anggap saya tak sakit,” katanya yang masih lagi menjalani rawatannya seperti biasa. (rtky/h)