fbpx

“Suami Raja Ilya Masuk Islam Ke Belum?”

Sehari selepas pelakon Raja Ilya memuatnaik gambar perkahwinan beliau, ramai mula mempersoalkan dan meragui status perkahwinan beliau bersama jejaka dari Australia tersebut.

Rata rata komen yang ditinggalkan peminat di media sosial meragui proses perkahwinan Raja Ilya kerana tiada sebarang video atau gambar proses akad nikah dijalankan seperti kebiasaan pasangan lain.

BACA: Raja Ilya Kongsikan Gambar Kahwin Di Australia

Selain itu, ada beberapa orang peminat yang bertanyakan sama ada suami Raja Ilya itu sudah memeluk Islam atau masih memegang agama asal beliau.

Paling mendapat perhatian adalah busana perkahwinan yang digayakan Raja Ilya semalam selain gambar pasangan itu bercium mulut yang dianggap tidak manis ditunjukkan di media sosial.

Banyak sebenarnya persoalan tentang perkahwinan Raja Ilya dan jejaka dari Australia ini yang memerlukan jawapan namun hanya empunya badan mampu menjawabnya. Kami harap Raja Ilya dapat memberikan penjelasan kepada peminatnya yang ingin tahu. (rtky/m)