fbpx

Raja Ilya Kongsi Gambar Kahwin Di Australia

Umum mengetahui Raja Ilya telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan dari Australia Isnin lalu, namun tiada gambar pernikahan dari mereka. Akhirnya, gambar pernikahan Raja Ilya dan Trent didedahkan!

BACA: Raja Ilya Kahwin Jejaka Australia Hari Ini

Menerusi Instagram pereka fesyen Raffiey Nasir telah berkongsi sekeping gambar persandingan Raja Ilya dan suami. Keduanya nampak manis menggayakan busana moden berserta ‘suit’ berwarna biru.

Di ruangan komen pula ramai mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Ramai juga terpegun melihat kekacakkan suami ‘mat salleh’ Raja Ilya yang pertama kali didedahkan buat tontonan orang ramai.

Sebelum ini Raffiey pernah memuat naik gambar busana perkahwinan dari belakang, yang difahamkan milik Raja Ilya. Namun disebabkan tiada foto pernikahan mereka, ramai tidak percaya Raja Ilya berkahwin.

Boleh pula percaya dan tidak percaya soal perkahwinan. Nah, Raja Ilya sudah buktikan bahawa beliau memang sudah bernikah dengan jejaka ‘mat salleh’ dari Australia. Tahniah diucapkan! (rtky/w)