fbpx

“Suami Orang Tak Boleh Dibuat Main, Jangan Cuba Bermain Api”

Bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai kontroversi panas Aliff Aziz bersama pelakon baru Oktovia Manrose. Hampir sebulan berlalu, Bella Astillah tampil membuka mulut mengenai tindakannya mendedahkan isu itu di media sosial.

Bella menjelaskan dia menggunakan media sosial bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, namun setiap manusia mempunyai tahap kesabaran mereka dan adakalanya melakukan sesuatu di luar jangakaan kerana telalu dapat mengawal emosi.

BACA: Ucapan Sweet Aliff Aziz Untuk Hari Jadi Isteri Tersayang

https://www.instagram.com/p/Bu5QuL2nNhU/?utm_source=ig_embed

“Bagi saya kita guna media sosial bukanlah untuk mengaibkan. Ibu saya pun ada didik tapi biasalah kita manusia semua sama, semua ada tahap kesabaran. Jadi mungkin saya pada waktu itu tidak boleh kawal emosi. Tetapi pada masa sama saya juga ada berjumpa keluarga.

“Semua orang buat silap. Pasangan saya memang pun ada buat silap. Tetapi saya nak sampaikan perempuan diluar sana agar lebih berhati-hati,” katanya kepada Majalah Nona.

Dalam pada itu, Bella turut mengingatkan isu atau perkara melibatkan status suami atau isteri orang bukanlah perkara yang boleh dibuat main.

“Benda-benda berkaitan dengan suami orang, isteri orang tak boleh dibuat main. Jangan cuba bermain api,” katanya.

Terdahulu, menerusi Instagram, Bella meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya, Aliff Aziz yang sekali lagi dilihat curang. Bella turut mendedahkan beberapa perbualan bersama peminat yang terserempak dengan Aliff dan pelakon Oktovia Manrose di sebuah kelab hiburan.