fbpx

Suami Mohon Lufya Omar Berhenti Berdrama

Kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz masih tiada kesudahan lagi. Minggu lalu, Lufya mendedahkan sudah empat bulan digantung tidak bertali dan sudah pun menfailkan perceraian bulan lalu.

Susulan itu, Dr Che Hafiz menyelar tindakan isterinya yang berteruskan memberikan kenyataan mengenai rumah tangga mereka kepada umum. Malah, turut menyifatkan tidakan Lufya itu tidak matang dan seolah mahu meraih simpati.

BACA: Tak Mahu Buka Aib, Suami Lufya Omar Mohon Maaf

“Sudah-sudahlah berdrama. Lambat atau cepat orang akan tahu juga kebenarannya. Saya masih ada tahap kesabaran dan boleh berfikir secara waras.

“Saya fikirkan dia ibu kepada anak saya jadi tidak patut untuk saya bertindak seperti mana yang dilakukannya sekarang. Kalau dengan cara itu dia berasa puas dan dapat malukan saya, terpulanglah.

“Dia aibkan saya, saya diam. Dia buat dakwaan bukan-bukan, saya masih diam. Malah, dia lebih banak buka aib rumah tangga,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Che Hafiz berpendapat isu membabitkan hubungan suami dan isteri haruslah diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mana-mana pihak.

Terdahulu, Dr Che Hafiz menafikan dakwaan kononnya dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Katanya lagi, meskipun tidak lagi tinggal sebumbung bersama Lufya, namun dia tetap memberi nafkah pada anak mereka.