fbpx

Suami Lufya Omar Beri Nafkah Anak Hanya RM250 Sebulan?

Kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi apabila Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya sedangkan sebelum ini suaminya pernah mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Meskipun berdepan ujian rumah tangga, namun Lufya tetap menjalani kehidupannya seperti biasa bersama anak tunggalnya, Lanaa Haura. Baru-baru ini, Lufya ada berkongsikan gambarnya sedang membeli barang keperluan rumah.

BACA: Sudah Dijemput, Suami Lufya Tak Hadir Majlis Hari Jadi Anak

Menerusi perkongsiannya itu, Lufya bertanyakan kepada pengikutnya berapa diperlukan untuk membeli barang kepeluan seorang anak untuk sebulan dan adakah cukup dengan hanya RM250.

Malah, Lufya berkata agak sukar untuk dia berjimat memandangkan harga barang sekarang semakin mahal. Perkata itu sekaligus menimbulkan spekulasi adakah suaminya hanya bagi RM250 sebulan untuk keperluan anak sehinggakan Lufya terpaksa memikirkan cara untuk berjimat?

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju bahawa jumlah tersebut agak kecil dan tidak mencukupi untuk perbelanjaan anak. Malah, netizen turut berkongsikan wang yang dibelanjakan seorang anak RM600 sebulan dan adakalanya lebih.

Terdahulu, Lufya dan Che Hafiz diperintahkan untuk melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. JKP akan bertindak untuk menasihati dan mencari jalan penyelesaian kemelut rumah antaramereka berdua.