fbpx

Suami Lana Nodin Bakal Hantar Surat Tuntutan Pada Michael Ang

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila Michael Ang berkata menerima amaran daripada suami Lana Nodin berikutan lantang membidas kenyataan pelakon itu yang menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham meletakkan jawatan.

Terbaru, suami Lana iaitu iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya. Katanya, surat yang bakal dihantar itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ‘perbalahan’.

BACA: Suami Lana Nodin Bagi Warning Di IG Live, Michael Ang Sedia Bersemuka

“Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, David berkata tiada suami yang suka apabila isteri mereka dihina dan kesal apabila Michael melabel isterinya sebagai seorang ‘bimbo’. Malah, dakwaan mengatakan isterinya tidak menyokong petugas barisan hadapan adalah perkara tidak masuk akal.

“Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

“Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

“Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

“Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal,” katanya.

Terdahulu, Lana memuat naik kenyataan di Insta Story menempelak Michael yang dikatakan masuk campur kenyataannya berkaitan Dr Noor Hisham.