Penyanyi Adira Suhaimi berkata sikap saling tolak ansur dan saling menghormati adalah penting untk menjaga hubungan baik dengan madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red.
Memetik Kosmo, Adira mengakui sepanjang lapan tahun bermadu pasti ada naik turun namun suami memainkan perasanan penting agar kedua rumah tangga dibina dalam keadaan baik.
BACA: Berpegangan Tangan Di Acara Fesyen, Adira & Datin Red Dipuji
“Hubungan kami pun ada turun naik tapi kini sudah lapan tahun dan faktor umur masing-masing membuatkan kami matang. Pada saya kena ada tolak ansur dan saling menghormati, itu je paling penting.
“Dalam hubungan itu bukan seorang sahaja yang kena mengalah tapi dua-dua kena mengalah. Suami yang kena mainkan peranan untuk isteri-isteri berbaik. Makin tua hidup nak tenang-tenang, kalau boleh nak fokus besarkan anak-anak saja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Adira turut mendoakan pasangan yang berdepan masalah rumah tangga atau wanita berada di kedudukan sama seperti dirinya agar dipermudahkan urusan.
“Saya doakan semua urusan rumah tangga yang mengalami masalah dipermudahkan. Lain orang lain dugaannya. Alhamdulillah saya punya bahagian dah berlalu,” katanya.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.