fbpx

Berpegangan Tangan Di Acara Fesyen, Adira & Datin Red Dipuji

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Adira Suhaimi menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red.

Menerusi video itu, Adira bersama Datin Red hadir ke  sebuah majlis pertunjukan fesyen menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan.

BACA: Adira Nafi Bercerai, Masih Bahagia Dengan Datuk Red

https://www.tiktok.com/@adira.suhaimi/video/7207068809256013083

Sementara itu, Datin Red turut dilihat ada memuat naik video  bersama Adira serta meluahkan rasa sayang buat madunya itu serta berharap semoga Allah menjaga hubungan mereka.

@syarifahnorshafila

Alhamdulillah semoga Allah Swt menjaga hubungan ini ??..to my beautiful honey saya syg awak dunia ahirat ??.. To kakak awin congrats on your first fashion show love u

? original sound – adira.suhaimi – user24619541119

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat hubungan baik Adira bersama madunya.

Malah, netizen turut memuji Adira yang menghormati serta menyantuni madunya apatah lagi menyedari dirinya adalah isteri kedua.

Sementara itu, netizen turut memuji Dato Red yang memainkan peranan penting sebagai suami dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Adira mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.