fbpx

Suami Jasmin Hamid Rayu Netizen Henti Komen Lucah

Rabu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran pelakon Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas disyaki mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen seolah tidak sensitif meninggalkan komen keterlaluan apabila mengaitkan hubungan seksual menjadi punca pelakon itu diserang sakit jantung.

BACA: Jasmin Hamid Masuk CCU, Alami Serangan Jantung

Kesal dengan komen tersebut, suami Jasmin iaitu Nazmir Abdul Rahman memohon kepada netizen supaya berhenti menulis komen lucah serta menghormati keadaan isterinya.

 

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih pada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri masih lagi di wad CCU kerana heart attack.

“Saya mohon hentikanlah komen-komen sebegini sebab takut bila Jasmin terbaca, akan tambahkan sakitnya. Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Nazmir turut memuat naik paparan komen ‘kotor’ netizen yang mengaitkan serangan jantung yang dialami pelakon itu dengan hubungan seksual bersama suami mudanya.

Dalam perkongsian itu lagi, Nazmir turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak mendoakan isterinya.

Terdahulu, Nazmir memaklumkan keluarga isterinya mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung serta memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon itu.