fbpx

Jasmin Hamid Masuk CCU, Alami Serangan Jantung

Pelakon Jasmin Hamid dikejarkan ke wad kecemasan semalam selepas disyaki mengalami masalah jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram Story milik Jasmin awal pagi tadi.

BACA: Suami Muda, Jasmin Hamid Tersinggung Diperli Macam Ibu & Anak

Berkongsi mengenai keadaan terkini isterinya, Nazmir memberitahu Jasmin mengalami tekanan darah dan degupan jantung agak rendah.

Menurutnya, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” tulisnya.

Katanya lagi, Jasmin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan ini merupakan serangan jantung  pertama kalinya berlaku.

Dalam pada itu, Nazmir memaklumkan keluarga isterinya mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung serta memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon itu.