fbpx

Pelakon Irma Hasmie tidak mahu mengulas lanjut mengenai khabar angin kemelut rumah tangganya dengan suami, Redza Syah Azmeer.

Memetik Harian Metro, Irma turut memohon maaf serta mengatakan apa yang berlaku antara dia dan suami terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

BACA: Tulis Kapsyen Sedih, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Cetus Tanda Tanya

“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Irma turut memohon orang ramai mendoakan serta percaya apa yang berlaku adalah aturan Allah.

“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir. Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Irma di Instagram menjadi perhatian ramai seakan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga.