Suami Heliza Helmi Terkejut Nama Dalam Senarai Suruhanjaya Sekuriti

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila nama usahawan Mahadi Badrul Zaman didakwa tersenari dalam amaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Memetik mStar Online, suami kepada aktivitis kemanusiaan Heliza Helmi itu berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu dan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak berkenaan dan akan ke pejabat SC hari ini.

BACA: Suami Heliza Helmi Disahkan Tiada Lesen Ambil Duit Pelabur

“Saya dalam perjalanan ke pejabat SC. Pertama sekali saya tak tak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa memang tak ada. Saya pun tak tau nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC. 

“Memang tiada jawapan kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram,” katanya.

Sementara itu, Mahadi berkata dia mengakui terkejut apabila mendapat tahu namanya dikatakan tersenarai dalam sistem serta dakwaan berkenaan boleh mendatangkan fitnah terhadapnya.

“Ikutkan dari dulu saya dah kena hadapi fitnah-fitnah tentang diri saya ni. Tapi bila nama saya masuk dalam sisten SC saya sendiri terkejut tambah pula bila dah viral memang sangat terkejut,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi berkata dia sudah berhubung dengan pihak polis mengenai perkara itu dan dimaklumkan tiada laporan dibuat terhadapnya.

“Tapi pihak SC masukkan nama saya dalam sistem saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.