fbpx

Suami kepada Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery berkata isterinya itu berbohong susulan kenyataan pelakon itu yang mengatakan resepi pai jualannya adalah menerusi carian Google.

Memetik mStar Online, Zackery mendedahkan mesej perbualan ibunya yang dihantar oleh Zahnita menerusi WhatsApp. 

BACA: “Saya Yang Kongsi Resepi Shepherd Pie” – Ibu Mentua Terkilan Zahnita Cakap Buruk

Menurut Zackery lagi, ibunya turut kecewa apabila Zahnita mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai perkara tersebut kerana ada bukti perbualan mereka.

“Reaksi ibu saya pabila mendengar perkongsian dibuat Zahnita sudah tentu dia (ibu) anggap kenyataan itu adalah mengarut.

“Saya ada bukti-bukti perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita minta resepi pai itu kepada ibu saya,” katanya.

Sementara itu, Zackery berkata ibunya berkongsikan resepi itu kepada Zahnita atas dasar kasih ibu mentua kepada menantu serta memberikan sokongan penuh pada perniagaan isterinya.

“Ibu saya memberikan sokongan terhadap Zahnita selepas mengetahui dia mahu memulakan perniagaan pai.  Malah ibu juga mengucapkan tahniah dan memintanya untuk tidak berkongsi resepi di media sosial,” katanya.

Dalam perbualan berkenaan, ibu mentua Zahnita turut memberikan kata-kata sokongan serta mendoakan kejayaan pelakon itu dalam perniagaan pai diusahakannya itu.

SUMBER: mStar Online