Ibu mentua kepada pelakon Zahnita Wilson iaitu Norazlina Abdullah meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya itu yang tergamak bersangka buruk tentang dirinya.
Memetik mStar Online, Norazlina berkata dia sangat sayangkan Zahnita sehingga sanggup berkongsikan resepi pai yang kini dijual oleh menantunya itu.
BACA: “Dia Beritahu Antara Syarat Lafaz Cerai Untuk Saya Tarik Laporan Kes” – Zahnita
“Katanya dia ada hubungi saya untuk mohon maaf, tpai saya mahu jelaskan tiada sebarang perbualan berlaku. Saya pelik kenapa dia perlu cakap buruk tentang saya?
“Saya yang berkongsi resepi shepherd pie kepada dia. Dia mulakan perniagaan dengan resepi saya. Saya tiada masalah dengan Zahnita. Jika saya tak suka kenapa saya sanggup kongsi resepi? katanya.
Sebelum ini Zahnita mendakwa menerima respon kurang baik apabila menghubungi ibu mentuanya susulan isu dihadapi dengan suaminya, Abdul Zackery.
Sementara itu, Norazlina berkata dia menjadi saksi kemelut rumah tangga Zahnita dan Zackery memberi kesan kepada empat cucunya serta sedih melihat apa yang berlaku.
“Dia sepatutnya fikir tentang anak-anak. Jangan libatkan mereka dalam hal ini. Anak-anak jadi tersepit kerana masalah mereka suami isteri.
“Sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya tinggal bersama anak saya dan melihat apa yang dia lalui,” katanya.
SUMBER: mStar Online