Suami Bukan Kaki Media Sosial, Ramona Zamzam Tak Risau Penyondol
Pelakon Ramona Zamzam berkata suaminya, Rami Alaskar kurang aktif dalam media sosial sekaligus membuatkan dia tidak bimbang rumah tangganya diganggu penyondol.
Memetik Kosmo, Ramona berkata suaminya itu selesa melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan mengisi masa pada perniagaan.
BACA: Kaki Ramona Zamzam Calar Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti
“Bukan tak takut kepada penyondol, tetapi Alhamdulillah sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga kami sentiasa mengingatkan supaya setia terhadap satu sama lain.
“Kami berdua umpama satu pasukan yang saling menyokong. Memang tenang, tambah-tambah suami pun tak aktif dalam media sosial. Malas katanya.
“Benda ini sebenarnya bawa kedamaian, cuma sebelum ini dia ada tertanya-tanya kenapa saya fokus pada telefon. Saya terangkan ini juga sebahagian kerja, tetapi berpada-pada” katanya.
Dalam pada itu, suaminya juga seorang memahami kerjaya seninya dan tidak kisah bergilir menjaga anak tunggal mereka,
Ivanna.
“Jika saya menjalani penggambaran, dia yang banyak menguruskan perniagaan dari rumah akan menguruskan anak, apabila dia keluar mesyuarat atau kerja di luar, saya pula ambil alih tugas di rumah,” katanya.
Untuk rekod, Ramona Zamzam mendirikan rumah tangga dengan Rami, jejaka berasal dari Palestin pada 1 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2017.
- SUMBER
- Kosmo
Bagus..jgn jadi sprt Rahim Plug Sawan.dh la miskin.dok mereput di Rk.Pstu komen mengamuk mental.Sentap Smpai lobang Jub..o
Bkn encem pn laki nko? Sepisis rahim plug jer.. Burokkkk
Hengat penyondol ada dalam media sosial ja? Mona oi tawkeyh Cina pon laki kena kebas Mira muka puteh tangan gelap kohkohkohkohkohkohkohkoh Betina hat terdesak gila jantan kalo depan mata hat senangkan hidup dia, dia sondol ja peduli depan hang pon.
I want Lee Watt
Bagi aku, aku suka penyondol.
BEST..sondol menyondol mmbawa bahagia.
Muahhhahhahh