fbpx

Kaki Ramona Zamzam Calar Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti

Baru-baru ini ada berkongsikan gambar percutian ke sebuah pulau di Johor, pelakon Ramona Zamzam berkongsikan keadaan kakinya yang terluka ketika berenang akibat terlanggar batu karang.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ramona berkata insiden itu berlaku ketika dia sedang menaiki tangga dari laut untuk ke kawasan darat dan terlanggar batu karang yang melekat di tepi tangga.

BACA: Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Cakap Bahasa Melayu Sebab…

Turut memuat naik foto keadaan kakinya yang calar balar, Ramona turut mengatakan padan muka pada dirinya sendiri kerana berpakaian seksi.

“Ramai yang bertanya keadaan kaki saya yang luka tempoh hari. Inilah rupanya sekarang. Sedang pulih tapi agak teruk calarnya. Ha padan muka pakai lagi seksi-seksi.

“Apa yang terjadi sebenarnya saya lompat dari jeti hotel tempat bot hantar orang, tak ada masalah pun tapi masa nak naik tangga dari dalam laut, hari itu ombak kuat sebab dah nak monsur, kemudiannya saya tertolak dan terus terlanggar batu karang yang melekat di tepi tangga,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram Ramona akui terkesima apabila berpeluang berkunjung ke pulau-pulau cantik sekitar Johor sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“30 tahun duduk Malaysia tak pernah tahu Johor ada pulau-pulau cantik mcm ni. Saya sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga biarpun singkat. Sempat balik sehari sebelum PKPB 2.0 bermula jadi sekarang duduk rumah diam-diam,” tulisnya.