fbpx

“Suami Boleh Kahwin Lain Kalau Saya Tak Boleh Hamil”

Berkahwin pada usia 47, A Aida merasakan agak sukar untuk dirinya mengurniakan zuriat buat suami. Andai sudah tertulis tiada rezeki cahaya mata buat mereka, Aida mengizinkan suami untuk berkahwin lain.

BACA: Suami A.Aida: Kahwin Bukan Kerana Harta Tetapi Cinta

“Jika suatu hari suami bertanyakan soal anak dan saya tak boleh berikannya zuriat, saya izinkan dia berkahwin lain. Sebelum berkahwin, saya ada bertanya kepada suami mengenai perkara ini. Dia kata kalau tak ada rezeki, tak apa”

Bagaimanapun Aida sentiasa percaya dengan ketentuan Allah dalam rezeki zuriat. Namun dengan usia suami yang masih muda, Aida faham jika suami menginginkan cahaya mata sendiri biarpun beliau tidak mengatakannya.

“Saya faham dia masih muda dan sudah tentu dia inginkan zuriat sendiri. Buat masa sekarang, dia tak bercakap lagi perkara ini. Pada usia sekarang saya berasakan sukar untuk hamil, tetapi kita tak tahu ketentuan Allah”

“Jika ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, saya reda. Alhamdulillah, sejak berkahwin kehidupan saya kembali sempurna. Apa saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan dan kesihatan yang baik di samping orang tersayang,” katanya.

Terdahulu, Aida mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pelakon muda, Ariff Aziz yang berusia 29 tahun pada penghujung Julai tahun ini. Hasil pernikahan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. (rtky/w)