fbpx

Suami A.Aida: Kahwin Bukan Kerana Harta Tetapi Cinta

Minggu lalu, produser terkenal A.Aida selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang 18 tahun lebih muda daripadanya iaitu pelakon baru Ariff Aziz. Ada yang mengaggap Ariff hanya mahu mengejar harta dan kemewahan yang dimiliki oleh isterinya.

Bagaimanapun, Ariff menegaskan perkahwinannya itu adalah kerana rasa cinta dan bukan berlandaskan harta semata-mata. Menurut Ariff, dia juga mempunyai perniagaan sendiri dan turut mempunyai aset hasil titik peluhnya.

BACA: “Saya Akan Kekal Bertudung Atas Permintaan Suami”

“Saya berkelulusan dalam bidang multimedia. Selain berlakon saya juga memiliki perniagaan sendiri. Bukan itu sahaja, saya turut mempunyai kereta dan rumah yang dibeli hasil usaha sendiri.

“Jadi isu berkahwin kerana harta, pangkat ataupun darjat adalah tohmahan tidak berasas segelintir pihak yang tidak mengenali saya dengan lebih dekat,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Ariff lagi, dia tidak menjangka hubungan yang bermula antara pekerja dan majikan itu memutikkan rasa cinta. Ariff juga mengakui sifat manja A.Aida membuatkan dia tertarik menjadikanny sebagai suri hidupnya.

“Secara jujurnya, sepanjang tiga tahun mengenalinya, isteri saya ini cantik luar dan dalam. Sifat itulah yang membuatkan saya terpikat kepadanya,” katanya lagi.

Sebelum ini A. Aida pernah berkahwin dengan penyanyi Ameng serta seorang pegawai kanan polis. Melalui kedua-dua perkahwinan tersebut, A. Aida dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 22, Wan Azevanatassha, 17 dan Muhammad Rahul, 10.