Menjelaskan mengenai status gurauan yang dimuat naik oleh suaminya, Raf Yaakob yang mengakui tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua, Mawar Rahsid berkata itu hanyalah gurauan semata-mata.
Menurut Mawar, suaminya sememangnya suka mengusik dan mengatakan Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua buah kereta jenama mewah. Ujarnya, sebagai isteri dia akan menyokong impian suaminya itu.
BACA: Ramai Tak Tahu Proses Undian, Mawar Rashid Hargai Usaha Peminat
“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu, tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu.
“Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak melanggar ajaran Islam,” katanya.
Meskipun berdepan dengan komen negatif netizen susulan gurauan tersebut, namun Mawar tidak mudah melatak dan menganggap sebagai asam garam dalam industri seni.
“Bagi saya jika ada netizen yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya anggap mereka sengaja mahukan perhatian atau mungkin belum matang.
“Sebagai seorang artis, saya tak boleh cepat melatah, anggap sahaja itu adalah asam garam dalam industri seni,” katanya.