fbpx

Ramai Tak Tahu Proses Undian, Mawar Rashid Hargai Usaha Peminat

Mengejutkan ramai apabila dinobat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) Jumaat lalu, kemenangan Mawar Rashid menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

Enggan membiarkan netizen terus mempertikaikan kemenangannya, Mawar menjelaskan keputusan tersebut berdasarkan undian peminat. Bukan mahu mempertahan dirinya tetapi ingin menghargai usaha keras peminat.

BACA: Mawar Rashid Menitis Air Mata Terima Kejutan Anniversary Dari Suami

“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasrkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

“Ramai yang tak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan.

“Jadi boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh kenapa orang pertikaikan 22 juta undian Haqiem sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.

“Mereka yang pertikaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha kerasa kelab peminat dan keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar turut memuji kelab peminatnya yang pandai mengatur strategi dengan mengundinya dalam kategori tersebut. Ujarnya, kemenangan itu merupakan titik permulaan untuk dia lebih bekerja keras lagi.