fbpx

Anzalna Nasir Cari Keluarga Susah Sumbang Susu, Lampin Pakai Buang

Hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta dana khas untuk penggiat seni yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak semua artis mengharapkan bantuan daripada kerajaan sebaliknya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, Anzalna Nasir mencari keluarga susah yang berdepan kesempitan hidup untuk memberikan sedikit sumbangan dengan menghulurkan bantuan perbelanjaan susu dan lampin pakai buang.

BACA: Mampu Upah 4 Orang Gaji, Anzalna Nasir Pilih Jaga Anak Sendiri

Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan namun tiada salahnya jika ada pihak mahu membantu untuk meringankan beban mereka yang hidup susah lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak kecil.

Dalam pada itu, Anzalna turut mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan untuk menghantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagramnya.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap mulia pelakon itu yang tidak lokek memberi sumbangan serta membantu masyarakat di dalam kesusahan.

Malah, ramai yang mengatakan bahawa pelakon itu bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, malah hati yang baik. Netizen turut mendoakan agar Anzalna sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.