Pelakon Ika Nabella tampil memberikan pendapatnya mengenai isu tular mengenai tanggungjawab di antara suami dan isteri dalam rumah tangga. 

Menerusi perkongsian di Threads, Ika berkata mempersoalkan konsep 50/50 dalam rumah tangga serta bertanyakan siapa yang mengajar mengenai perkara berkenaan.

BACA: Ika Nabella Kecewa Belanja RM3,000 Bercuti Di Vila Mewah Tapi Aircond Rosak

Kata Ika lagi, konsep tersebut bertentangan dengan fitrah serta keseimbangan ilahi dalam sesebuah perkahwinan.

“50/50 dalam perkahwinan? Siapa ajar? Suami 100% the provider & pemimpin. Isteri 100% taat and 1000% adorable,” tulisnya.

Diruangan komen ada yang bersetuju dengan pendapatnya itu, namun ada yang mengatakan ada suami isteri yang bekerja namun belum tentu cukup untuk menampung kehidupan dan hidup setiap pasangan berbeza.

×