“Stop Pilih Pelakon Kegemaran, Jangan Nak Yang Cantik Je”
Bukan perkara baru diperkatakan, nampaknya sudah banyak kali drama dan filem tanah air kita ditegur oleh penonton. Malah, ramai yang membandingkan kualiti drama tempatan kita dengan Hollywood yang jauh berbeza.
Menerusi Instagram, Nabila Huda meluahkan pendapatnya mengenai industri hiburan tanah air. Ujarnya, jika mahu setanding Hollywood, produksi memainkan peranan penting dalam pemilihan pelakon, lokasi, wardrobe dan sebagainya.
BACA: Nenek Meninggal Dunia, Nabila Huda Bengang Peminat Ajak Selfie
Turut memuat naik poster drama ‘Hollywood’, Abil berkata pasti seronok sekiranya screen test di Malaysia dilakukan sama seperti apa yang ditonjolkan di dalam drama tersebut.
Malah, Abil memuji kostum dan set penggambaran drama tersebut dan berharap agar industri hiburan tempatan mengambil contoh serta menyediakan bejet lebih jika mahu menghasilkan produk setanding Hollywood.
Abil turut mencadangkan agar industri hiburan tempatan menggunakan khidmat generasi muda dalam proses suntingan kerana mereka lebih arif dengan teknologi terbaru dan menampakkan sentuhan berbeza.
Abil turut menegur pihak produksi yang sepatutnya tidak kedekut memberikan bajet untuk pakaian pelakon sepanjang drama berlangsung. Jika bajet sedikit yang diberikan, hasil pakaian pun buruklah jadinya.
Turut menyentuh tentang pemilihan pelakon, Abil berkata pelakon sepatunya dipilih berdasarkan kemampuan mereka uantuk menjayakan sesuatu watak itu dan bukan hanya ditentukan berdasarkan jumlah pengikut di Instagram.
Malah, Abil turut meminta pihak produser berhenti mengambil pelakon kegemaran mereka atau pun pilihan stesen televisyen sahaja. Abil turut mencadangkan untuk melakukan uji bakat terlebih dahulu bagi pelakon baru.
Abil juga turut memberikan pendapatnya mengenai pemilihan lokasi yang dikatakan kurang kreatif. Malah, Abil meminta pihak produksi melakukan pencaraian tempat yang sesuai terlebih dahulu. Jika hanya mengharapkan lokasi dengan bayaran murah, hasil pun akan nampak murah.
Abil turut menegur pengurus kepada artis baru yang terus ‘demand’ harga yang tak masuk akal sebagai bayaran. Katanya lagi, bakat belum tentu ada tetapi terus letak harga tinggi. Malah, Abil turut meminta ‘study’ terlebih dahulu untuk menjadi pengurus yang bagus dan bukan hanya memikirkan tentang duit.
Diakhir perkongsian, Abil meluahkan industri tempatan kita mempunyai ramai pelakon yang hebat-hebat, penulis skrip berbakat besar, pengarah terbaik dan produksi terbaik tetapi jika isu bajet tetap di takuk sama isu itu tak pernah berubah.
kalau la abil ada production company sendiri, JV dengan netflix, pergh! memang boleh go international! skrg tengok negara sepanyol banyak collabs dengan netflix. jalan cerita padu. syok tengok walaupun sepatah haram tak faham
Gareth Evans tu walau dgn bajet kecil tp dia tetap mampu hasil kan sebuah filem action yg jauh lebih bagus dari filem2 high budget dri Hong Kong, Hollywood dan Korea!!! Isunya bukan laa psl bajet sngt pun tp kreativiti pengarah jugak. Jika sorg pengarah tu bijak maksimum kan bajet yg ada, pandai pilih pelakon yg sesuai dgn tema filem yg dia nk buat. Tau market penonton yg dia nk tackle semua kekurangan akan dpt diatasi dgn bijak. Kebanyakkan drama dan filem Malaysia pulak over bajet. Asal boleh jek bila hasilkan sesuatu karya. Syok sendiri ni laa penyakit utama dan masalah utama industri seni kita. Mrk fikir sbg org seni mrk tau apa yg audien mau tngk. Tp bila x dpt sambutan mrk bg mcm2 alasan x mau terima kesilapan mrk sendiri!
Xde ke gosip baju raya Che Ta dan Zain Serta Aisyah
Abil suka ayam berempah saya
Pakaian tak senonoh Abil..sembang hollywood..dpt bollywood dah bagus
Filem A. Aida ratu jengking apa cer?! Masuk dlm list filem x laku ke??!
Selalu berlakon over, sebab itu orang tak suka.
Sikit pun abil tak mention filem tamil..tak yah hollywood bil, tamil dulu.
Tgk filem bhagamathi..
Diorg buat set mcm mana..tgk cerita vijay je cukup, simple masa nanyi dgn reben2 kecik jatuh pun malaysia tak boleh buat..jgn hollywood bil..lawan tamil dulu