fbpx

Nenek Meninggal Dunia, Nabila Huda Bengang Peminat Ajak Selfie

Takziah diucapkan buat pelakon Nabila Huda dan keluarga di atas kehilangan neneknya, Indon Ramli yang menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Berita duka itu dikongsikan oleh Nabila menerusi Instagram miliknya.

Menurut Abil, ini kali pertama dia merasa ‘kehilangan’ dan perkara yang paling ditakutinya. Abil berkata saat ini dia menghadapi situasi yang sukar dan tidak pernah membayangkan kehilangan orang yang di sayanginya.

BACA: Nabila Huda Berazam Baca Al-Quran Setiap Hari Ketika PKP

Bagaimanapun, di saat berdepan kesedihan ada pula pihak yang tidak memikirkan sensitiviti mereka yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga.

Menerusi Twitter, Abil meluahkan rasa berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang meminta untuk berswafoto dengannya di saat dia sedang bersedih pemergian orang tersayang.

Namun, Abil tidak menjelaskan lebih lanjut situasi dan lokasi tempat berkenaan. Perkongsian Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyelar sikap individu tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada Abil supaya terus kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut.