fbpx

Stesen TV Korea Dikritik Hebat Siarkan Drama Bertemakan Lesbian

Percubaan pertama untuk menulis tentang dunia hiburan Korea Selatan, apa kita kita mulakan dengan sesuatu yang sensasi — drama lesbian.

Seperti Malaysia, Korea Selatan walau pada dasarnya sudah maju jauh ke’hadapan, kehidupan LGBT masih sesuatu yang di’anggap taboo dalam masyarakat mereka.

Korean Broadcasting System (KBS) baru-baru ini mengambil langkah berani dengan menyiarkan sebuah drama siri bertemakan kehidupan lesbian di Korea Selatan berjudul ‘Daughters of Club Bilitis‘.

Dengan matlamat untuk memberi gambaran kehidupan lesbian dari semua generasi, drama ini menampilkan kisah 3 pasangan lesbian yang berumur lingkunan 50’an, wanita bekerjaya 30’an & remaja sekolah.

Tindakan KBS mengundang rasa kurang senang di’kalangan peminat hiburan di Korea Selatan & menganggap tindakan ini sebagai merosakkan moral anak muda tempatan.

Namun ada juga segelintir penonton yang sukakan drama bersiri baru ini dengan mengatakan mutu skrip & lakonan adalah bagus dan ini sesuatu yang berani untuk di’cuba.

Wakil dari dunia penyiaran Korea Selatan menyifatkan penyiaran drama ini sebagai sesuatu yang positif kerana LGBT memang wujud di’kalangan masyarakat Korea dan berharap penonton menonton drama ini sekadar sebagai, sebuah drama. via /allkpop