fbpx

Status Terbaru Sharnaaz Ahmad Terus Undang Tanda Tanya

Status rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya apabila pelakon itu menerusi entri terbaru seolah meluahkan rasa hati mengenai semangat dan jiwanya yang telah hilang.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Jumpa Kaunseling JAWI?

Kebelakangan ini bertiup kencang khabar angin mengatakan rumah tangga Sharnaaz dan isteri sedang bergolak. Biarpun tidak diulas dengan jelas namun beberapa posting Sharnaaz mengundang persoalan.

Terbaru Sharnaaz memuat naik gambarnya berserta dengan kenyataan ‘memujuk hati’ mengenai semangat dan jiwanya yang telah hilang. Bagaimanapun ramai mengaitkan posting itu dengan keadaan rumah tangganya.

Di ruangan komen pula, netizen memberikan kata-kata semangat buat Sharnaaz. Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, terdapat satu komen yang mendapat tanda ‘like’ daripada Sharnaaz.

Komen itu menulis bahawa rumah tangga sebaiknya dibina berasingan dari keluarga agar suami dan isteri dapat melayari kehidupan berdua dan elakkan penglibatan terlalu banyak dari ahli keluarga kedua pihak.

Sehingga kini kami juga tidak pasti apa masalah sebenar melanda rumah tangga Sharnaaz dan isteri. Namun tanda ‘like’ pada komen itu mungkin bayangan keadaan sebenar dilalui pasangan ini? (rtky/w)