Semalam, status yang dimuat naik Aliff Aziz di laman Twitter mencetuskan persoalan netizen seolah memberi bayangan ingin merujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Malah, Bella turut tertanya-tanya mengenai status berkenaan. Bagaimanapun, Bella berkata dia enggan memberikan sebarang komen berkaitan kontroversi rumah tangganya sebelum ini. Katanya lagi, belum tentu status tersebut ditujukan buat dirinya.
BACA: Aliff Aziz Mahu Rujuk Dengan Bella Astillah Semula?
“Saya tidak mahu komen kerana ia melibatkan banyak hati. Lagi pula status itu tidak tahu ditujukan kepada siapa. Kami baru bercerai dan saya pula sudah mula fokus bekerja. Saya tidak mahu orang cakap saya tak henti-henti keluar kenyataan.
“Saya fokus untuk membesarkan anak sahaja. Apa-apa pun orang nak cakap, saya Cuma harap doakan sahaja yang baik-baik dengan jalan yang kami pilih,” katanya kepada mStar Online.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja selepas disahkan bercerai talak satu 16 Mei lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Ayden Adrean kini berusia dua tahun.