fbpx

Aliff Aziz Mahu Rujuk Dengan Bella Astillah Semula?

Selepas seminggu bercerai, menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff Aziz meluahkan rasa rindu pada anaknya dan berharap anaknya, Ayden Adrean akan sentiasa mengingati dirinya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya, malah ada yang berharap agar dia berbaik semula dengan bekas isteri demi anak mereka.

BACA: Rindu Pada Anak, Netizen Mahu Aliff Berbaik Dengan Bella

Terbaru, Aliff seakan memberi bayangan untuk rujuk semula dengan bekas isterinya, Bella Astillah. Menerusi status di akaun Twitternya, Aliff mengharapkan Allah menyambung semula jodohnya dengan Bella.

Perkongsian Aliff itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang mengaminkan doa berkenaan dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Aliff dan Bella sah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Terdahulu, Bella mengakui masih ada perasan sayang terhadap bekas suaminya, namun minta diberi ruang buat sementara waktu.