fbpx

Stan Lee Dakwa Conan the Barbarian Masih Hak Milik Eksklusif Beliau

TMZ – Nampaknya Stan Lee telah mengisytiharkan ‘perang’ terhadap filem versi baru ‘Conan the Barbarian‘ dengan mendakwa hak milik karakter asal masih milik beliau.

Stan Lee memfailkan saman di mahkamah persekutuan Los Angeles meminta 100% hasil dari filem berkenaan kerana percaya beliau masih memegang hak mutlak karakter Conan semenjak 2000.

Stan Lee Media, syarikat milik Stan Lee yang muflis sekitar 2001, membeli keseluruhan hak milik Conan the Barbarian setahun sebelum itu & Stan Lee mendakwa peguam beliau ‘main belakang’.

Peguam Stan Lee di’khabarkan membuat perjanjian tidak sah di’belakang Stan Lee dengan sebuah syarikat untuk memindah semua hak milik & syarikat berkenaan memberikan lampu hijau untuk filem baru tersebut.

Untuk pengetahuan anda — Conan the Barbarian berjaya mengutip lebih US$10 juta sepanjang minggu pembukaan yang lalu.