fbpx

Stacy AF Akui Gembira, Malu Dengan Pengakuan Akim Ahmad

Gembira berbaur malu. Itulah perasaaan yang dialami Stacy ketika ini berikutan pendedahan Akim Ahmad mengenai status hubungan mereka berdua yang sebenarnya sudah menjalin cinta sejak tiga tahun lalu.

BACA: Akim Ahmad Akui Bercinta Dengan Stacy

“Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita tersebut dan perasaan saya menjadi bercampur-baur. Ada gembira dan ada malu, tetapi apa yang pasti saya tidak bersedia untuk mengulas lebih panjang kerana risau disalah erti oleh sesetengah pihak kerana ini sebuah isu yang sensitif”

“Saya rasa mungkin ada sebab tertentu Akim membuat pengakuan itu tetapi buat masa sekarang saya kelu untuk bercakap panjang”

“Selepas pendedahan itu kami ada berhubung menerusi kiriman teks sahaja. Masing-masing malu dan tidak ada sebarang perbincangan lanjut mengenai rasional tindakan Akim pada pagi Rabu lalu” jelas Stacy dalam satu temubual bersama akhbar Kosmo!

Selain itu, Stacy turut mendedahkan dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri dan juga ibu namun mahu mengukuhkan lagi keadaan semasa di dalam kerjaya sebelum melangkah lebih jauh di dalam kehidupan berkeluarga.

Nampaknya, dengan penjelasan daripada pihak tersebut, mungkin juga Akim sudah bersedia untuk membawa status perhubungan mereka ke arah yang lebih serius. Malah pendedahan tersebut juga memberikan jawapan bukan sahaja kepada media malah kepada peminat setia mereka berdua. (rtky/syfq)