fbpx

Stacy AF Kerap Marah Akim Ahmad Tanpa Sebab

Menyifatkan apa yang dilaluinya kini sebagai dugaan ketika isteri sedang hamil, Akim Ahmad berkongsi pengalamannya kepada Harian Metro mengenai sikap isterinya Stacy yang sering memarahinya tanpa sebab.

BACA: Akim Ahmad Sahkan Stacy AF Kini Hamil Anak Pertama

“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung. Sebelum ini, Stacy jarang makan hidangan Melayu dan selalunya dia akan menyediakan masakan kampung sendiri,” jelasnya.

Malah, ketika hamil juga, Stacy turut mula menggemari masakan Melayu selain sentiasa mengidam makanan tradisi Sabah. Kata Akim, sebelum ini, isterinya itu jarang makan hidangan masakan Melayu.

Sementara itu, Akim menyatakan bahawa ketika ini membeli barang keperluan sesuai untuk lelaki dan perempuan kerana belum dapat melihat jantina anak. (rtky/s)